Kelas Kesedaran dan Pertandingan MLBB Peringkat Kumpulan Pusingan Pertama Hingga Ketiga
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025 (Sabtu) telah diadakan Kelas Kesedaran dan Pertandingan MLBB Peringkat Kumpulan Pusingan Pertama Hingga Ketiga. Kelas Kesedaran dan Pertandingan ini disertai oleh 6 orang peserta dari NADI Kampung Jeriah yang mana lima orang adalah pemain utama dan seorang pemain simpanan. Program bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 1:30 tengah hari.
Untuk pertandingan MLBB, NADI Kampung Jeriah telah bertembung dengan tiga buah NADI iaitu NADI Ulu Manding, NADI Sibuluh dan NADI Niah Suai. NADI Kampung Jeriah telah memenangi dua perlawanan untuk sesi kali ini.
Manakala, bagi sesi kelas kesedaran, topik yang dikongsikan untuk minggu ini adalah modul “Literasi Digital dan Masa Depan Komuniti”.
Diharap para peserta memperoleh pengalaman dan ilmu yang bermanfaat dari kedua-dua sesi ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: